Rahsia Pemakanan Sihat Ilmuwan Islam
1. Madu
- Al Quran mengiktiraf madu sebagai
'Shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu berkesan untuk MERAWAT penyakit
dan MENGHIDARKAN penyakit serta menghidarkan kepenatan kerja otak
seperti berfikir, membaca, merancang, dan menganalisa.
2. Susu Segar
- Susu yang terbaik adalah susu kambing, biri-biri, dan lembu segar.
Baik diminum segelas di waktu pagi, segelas di waktu petang. Susu
mengandungi 3 elemen penting iaitu keju, lemak dan air yang dapat
membantu pertumbuhan otak dan mengekalkan badan yang cergas.
3. Kismis
- Mengandungi zat besi yg amat diperlukan untuk membina darah yang
dapat memastikan bekalan oksigen untuk disalurkan ke otak. Cara makan
adalah dengan mengadap kiblat, baca bismillah, selawat 3 kali dan doa
penerang hati.
P/S : Petua² di atas bukanlah petua baru.
Sudah SELALU dengar tetapi JARANG amalkan. Bila sudah beli pula hanya
makan SEKALI dan tidak makan BERKALI-KALI. Betul tak? Berikan makanan
yang terbaik untuk anak anda!
No comments:
Post a Comment