salam sayang semua..
nk share ttg.....
Perkara Yang Harus Diketahui Oleh Suami Ketika Isteri Mengandung
Adalah menjadi
impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka
semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak
stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada
suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak
lagi memahami situasi ini. Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan
pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk
meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri
amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia
dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh
mereka. (2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua
tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya
membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri
juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan
mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah
lebih baik. (3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri
mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan.
Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah
dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda.
Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang
lambat. (4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri
anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang
perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi
untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah
ciri seorang suami yang baik. (5) Belajar- Semasa isteri anda
mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti
harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti
ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda
marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya. (6)
Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala
tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami
mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami
pula melakukan tugasan yang sama. (7) Membantu menjaga anak
yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak
masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia
adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan
biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa,
bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi. (9)
Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat,
pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan
tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
♥♥ Feel Free to share, Like & Tag ♥♥
No comments:
Post a Comment